Showing posts with label Makanan Tradisi. Show all posts
Showing posts with label Makanan Tradisi. Show all posts

Tuesday, 16 July 2019

Ulat Rumbia atau Butod

Assalamualaikum semua rakan2 blogger...
semoga hari ini lebih baik dari kemarin...amin...

Hari ini kita mengenal serba sedikit tentang Ulat Rumbia atau Butod

Antara Meno Ulat Rumbia

Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai suku kaum dan makanan tradisi mereka sendiri. Begitu juga dengan Sabah negeri di Bawah Bayu. 

Antara makanan yang popular di Sabah ialah Ulat Rumbia atau dikenali sebagai " Butod". Dan ada juga setengah-setengah suku kaum di Sabah memanggilnya dengan nama " Mulong "

Kumbang atau Indung Ulat Rumbia

Ulat Rumbia atau Butod adalah sejenis ulat yang boleh di makan dan tinggal di dalam pokok rumbia. Ulat rumbia biasanya akan memakan batang rumbia yang sudah reput. 

Memunggut Ulat Rumbia yang sudah matang

Ulat rumbia merupakan antara makanan eksotik yang istimewa kerana mempunyai khasiat protien yang tinggi. Untuk mendapatkan ulat rumbia, pokok rumbia mestilah ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan tempat bertelur atau tempat pembiakan.

Proses ini biasanya mengambil masa kira-kira sebulan atau lebih selepas sahaja pokok rumbia ditebang. Pokok Rumbia juga lebih dikenali dengan panggilan "Polod"  oleh orang dusun.

Ulat Rumbia di  batang rumbia reput

Untuk mengetahui batang rumbia itu mempunyai "butod" adalah dengan cara mendengar atau melihat adanya "indung" berterbangan di kawasan itu. Ulat rumbia biasanya akan mengeluarkan bunyi apabila memakan batang rumbia tadi.

Ulat rumbia ini boleh di makan mentah-mentah tetapi harus dibersihkan terlebih dahulu. Selain itu Ulat Rumbia juga boleh di masak atau digoreng mengikut kesukaan dengan pelbagai cara dan resepi.


Ulat rumbia yang telah dimasak sesuai dimakan begitu sahaja atau dihidang dengan nasi panas. Kebiasaan kaum Kadazan Dusun menjadikan Ulat Rumbia ini sebagai "pusas" dalam upacara keramaian dan sebagainya.


Ulat Rumbia yang disalai

Selain itu, Ulat Rumbia banyak didapati daerah Beaufort dan Kuala Penyu serta beberapa daerah lain di Sabah. Sehingga hari ini Kuala Penyu setiap tahun akan mengadakan Pesta Rumbia sebagai acara tahunan kerana Kuala Penyu antara daerah di Sabah yang banyak Pokok Rumbia.


Antara Gerai Sempena Pesta Rumbia di Kuala Penyu


Ulat Rumbia merupakan antara sumber ekonomi penduduk kampung. Kerana ulat Rumbia mempunyai pasaran yang sangat baik. Harga sebungkus Ulat Rumbia ialah RM5 untuk 8 ke 10 ekor dan boleh mencecah RM30 ke RM45 sekilogram.


Ulat Rumbia Sumber Pendapatan

Namun Ulat Rumbia bukan sahaja terkenal di Sabah malah di seluruh Malaysia seperti Sarawak. Di Sarawak ianya lebih dikenali sebagai " Si"et".

Walau bagaimanapun tidak semua pokok rumbia menghasilkan Ulat Rumbia yang banyak. Ini bergantung kepada kesuburan pokok rumbia yang ditebang sebagai rumah Indung Ulat Rumbia.



Ulat Rumbia siap untuk dimakan

Kalau ingin makan Ulat Rumbia atau Butod datang la ke Negeri Sabah terutama ke daerah Beaufort dan Kuala Penyu. 


Toykb
Beaufort.

Jangan Lupa Like / Komen / Share / Follow----Thanks

Friday, 12 July 2019

Assallamualaikum dan salam saying buat semua Bloggers semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...amin

Seperti kita maklum semua orang ada selera mereka sendiri dan mereka juga mempunyai makanan kegemaran mereka. 

Sama ada makanan tradisional atau moden. Begitu juga dengan saya sendiri yang mempunyai selera tersendiri terhadap makanan.

Antara makanan kampung atau tradisional yang digemari seperti ambuyat dalam bahasa berunai ambulung dan dalam bahasa dusun, kadazan, murut serta bajau dipanggil Linut. Ambuyat sejenis makanan tradisional bagi kaum Brunei dan Bisaya, malah menjadi sajian utama selepas nasi. 

Ambuyat dihasilkan daripada sagu rumbia yang diproses menjadi kemudian diproses menjadi sagu atau dipanggil juga sebagai “ NATUK ‘ bagi orang Bisaya. Apabila ianya dimasak dan siap untuk dihidangkan maka ia akan dipanggil Ambuyat.

Sagu atau ambulung boleh didapati di pasar atau tamu dalam bentuk paket dengan harga RM2.00 ke RM5.00. Untuk menghasilkan sagu menjadi ambuyat ialah tepung sagu yang dibeli dalam bentuk paket perlu dileraikan atau dicairkan ke dalam bekas yang mengandungi air. 

Setelah hening maka air tadi dibuang sehingga menampakan permukaan sagu tadi kemudian barulah  tuang air panas yang baru mendidih ke dalam tepung sagu dan kacau hingga menjadi kenyal. Maka tepung sagu tadi menjadi ambuyat dan siap untuk disantai. 

Ambuyat mempunyai rasa yang tawar dan adakalanya sedikit berbau tapi menyelerakan namun ia bergantung pada kuah dan lebih hebat jika kuahnya masam sedikit atau pedas. 

Kalau saya lebih suka kuahnya dicampur dengan isi buah Mambangan yang masam disertai ikan basung masak ampap kunyit. Wah sedap betul tau. 

Ambuyat lebih seronok jika makan beramai. Nampak suasana makan yang sangat ceria dan mengembirakan. Lebih-lebih lagi kalau makan panas-panas. Lain pula dengan makanan satu ni. Ia lebih dikenali dengan panggilan TUHAU. 

Tuhau merupakan sejenis tanaman hutan liar yang mempunyai ketinggian lebih kurang 1 meter ke 2 meter. 

Tuhau mempunyai bunga yang dipanggil Bunga kantan. Tuhau diperbuat daripada batang bunga kantan untuk dijadikan jeruk tuhau. 

Batang tuhau mempunyai bau seperti kumbang yang dipanggil “ KASISANG” Proses menghasilkan jeruk tuhau dengan mengambil umbut batang bunga kantan yang lembut dan dijeruk bersama air limau kasturi campur cili. Wowwww lumayan sedapnya. 


Cara ringkas penyediaan jeruk tuhau :- Mudah dan senang. 

 i. Potong batang kantan dengan mencincang halus atau ikut kesukaan. Biasa batang kantan dicincangkan kelihata seperti bertali-tali. Biarkan saja. 

ii. Masukkan berberapa ketul bawang putih. 

iii. Kisar cili padi atau potong-potong dan gaul bersama hirisan tuhau tadi. 

iv. Kemudian campurkan cuka atau pun air limau kasturi mengikut selera masing-masing bersama garam secukup rasa. Kan dah siap. Boleh sudah dilahap bersama nasi panas-panas...sedappp beee... 

Batang kantan yang dijadikan tuhau juga boleh di masak atau dibuat serunding dan dicampur hirisan lada putih sedikit ikan masin atau ikan bilis...lagi sedap. 

Jadi sesiapa yang ingin merasakan makanan kegemaran saya bolehlah ke hutan untuk mencari batang kantan. Selamat mencuba genk...


Toykb
Beaufort.