Baca Juga
Ulat Rumbia atau Butod
Assalamualaikum semua rakan2 blogger...
semoga hari ini lebih baik dari kemarin...amin...
Hari ini kita mengenal serba sedikit tentang Ulat Rumbia atau Butod
Antara Meno Ulat Rumbia
Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai suku kaum dan makanan tradisi mereka sendiri. Begitu juga dengan Sabah negeri di Bawah Bayu.
Antara makanan yang popular di Sabah ialah Ulat Rumbia atau dikenali sebagai " Butod". Dan ada juga setengah-setengah suku kaum di Sabah memanggilnya dengan nama " Mulong "
Ulat Rumbia atau Butod adalah sejenis ulat yang boleh di makan dan tinggal di dalam pokok rumbia. Ulat rumbia biasanya akan memakan batang rumbia yang sudah reput.
Ulat rumbia merupakan antara makanan eksotik yang istimewa kerana mempunyai khasiat protien yang tinggi. Untuk mendapatkan ulat rumbia, pokok rumbia mestilah ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan tempat bertelur atau tempat pembiakan.
Proses ini biasanya mengambil masa kira-kira sebulan atau lebih selepas sahaja pokok rumbia ditebang. Pokok Rumbia juga lebih dikenali dengan panggilan "Polod" oleh orang dusun.
Untuk mengetahui batang rumbia itu mempunyai "butod" adalah dengan cara mendengar atau melihat adanya "indung" berterbangan di kawasan itu. Ulat rumbia biasanya akan mengeluarkan bunyi apabila memakan batang rumbia tadi.
Ulat rumbia ini boleh di makan mentah-mentah tetapi harus dibersihkan terlebih dahulu. Selain itu Ulat Rumbia juga boleh di masak atau digoreng mengikut kesukaan dengan pelbagai cara dan resepi.
Ulat rumbia yang telah dimasak sesuai dimakan begitu sahaja atau dihidang dengan nasi panas. Kebiasaan kaum Kadazan Dusun menjadikan Ulat Rumbia ini sebagai "pusas" dalam upacara keramaian dan sebagainya.
Ulat Rumbia yang disalai
Selain itu, Ulat Rumbia banyak didapati daerah Beaufort dan Kuala Penyu serta beberapa daerah lain di Sabah. Sehingga hari ini Kuala Penyu setiap tahun akan mengadakan Pesta Rumbia sebagai acara tahunan kerana Kuala Penyu antara daerah di Sabah yang banyak Pokok Rumbia.
Antara Gerai Sempena Pesta Rumbia di Kuala Penyu
Ulat Rumbia merupakan antara sumber ekonomi penduduk kampung. Kerana ulat Rumbia mempunyai pasaran yang sangat baik. Harga sebungkus Ulat Rumbia ialah RM5 untuk 8 ke 10 ekor dan boleh mencecah RM30 ke RM45 sekilogram.
Ulat Rumbia Sumber Pendapatan
Namun Ulat Rumbia bukan sahaja terkenal di Sabah malah di seluruh Malaysia seperti Sarawak. Di Sarawak ianya lebih dikenali sebagai " Si"et".
Walau bagaimanapun tidak semua pokok rumbia menghasilkan Ulat Rumbia yang banyak. Ini bergantung kepada kesuburan pokok rumbia yang ditebang sebagai rumah Indung Ulat Rumbia.
Ulat Rumbia siap untuk dimakan
Kalau ingin makan Ulat Rumbia atau Butod datang la ke Negeri Sabah terutama ke daerah Beaufort dan Kuala Penyu.
Toykb
Beaufort.
Jangan Lupa Like / Komen / Share / Follow----Thanks
Mantap...jadi bila mau p tebang pokok rumbia ni?
ReplyDeleteble tebang...tpi awas kena bubut...
Deletebah tuan kahar belanja la kami makan butot ni..
ReplyDeleteklu ko ble mkn...biar sekilo aku layan belanja ko...
Deletemana best makan sorang-sorang kita bawa c matlen la makan sama-sama..
Deleteble tu...lumba makan ketam sama mee basah...
DeleteHalal kah ni lir?
ReplyDeletePernah dulu diharamkan tpi sekrg ni mcm halal sdh tu...nanti lah dipastikan dulu lir...
DeleteSarawak juga popular dengan ulat rumbia..
ReplyDeletedalam Bahasa Melanau ia dipanggil 'siet'
pernah makan sebelum ini dan rasanya lemak dan tidak kena dengan tekak saya walaupun saya keturunan Melanau yang asli
Betul tu tuan...tidak semua orang pandai makan walaupun itu makanan tradisi diorang...
Deletems kecil2 dulu selalu ikut org tebang pokok rumbia. ulat ni memang selalu jumpa. tp x leh bw blk rumah (utk msk) sbb nnt mama campak. dia geli tgk ulat ni hahaha
ReplyDeletePernah dengar tentang butod ni tapi belum pernah tengok depan-depan. Belum berpeluang ke Sabah lagi.
ReplyDeleteButod sejenis ulat besarnya melebihi ibu jari dewasa...
DeletePERMAINAN ONLINE TERBESAR DI INDONESIA
ReplyDeleteWebsite paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
- Adu Q
- Bandar Q
- Bandar Sakong
- Bandar Poker
- Poker
- Domino 99
- Capsa Susun
- BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )
- Perang Baccarat ( GAME TERBARU )
Permainan Judi online yang menggunakan uang asli dan mendapatkan uang asli ^^
* Minimal Deposit : 50.000
* Minimal Withdraw : 100.000
* Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop ( Kecuali Bank offline / gangguan )
* Bonus REFFERAL 20 % Seumur hidup tanpa syarat
* Bonus ROLLINGAN 0.5 % Dibagikan 2 kali dalam seminggu
* Proses Deposit & Withdraw PALING CEPAT
* Sistem keamanan Terbaru & Terjamin
* Poker Online Terpercaya
* Live chat yang Responsive
* Support lebih banyak bank LOKAL
Contact Us
Whatapps: +85595897137
LINE: ituQQ
Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop
* Login ituQQ
* DaftarituQQ