Friday 12 July 2019

Makanan Tradisional Kegemaran Ku...( AMBUYAT DAN TUHAU )


Baca Juga

Assallamualaikum dan salam saying buat semua Bloggers semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...amin

Seperti kita maklum semua orang ada selera mereka sendiri dan mereka juga mempunyai makanan kegemaran mereka. 

Sama ada makanan tradisional atau moden. Begitu juga dengan saya sendiri yang mempunyai selera tersendiri terhadap makanan.

Antara makanan kampung atau tradisional yang digemari seperti ambuyat dalam bahasa berunai ambulung dan dalam bahasa dusun, kadazan, murut serta bajau dipanggil Linut. Ambuyat sejenis makanan tradisional bagi kaum Brunei dan Bisaya, malah menjadi sajian utama selepas nasi. 

Ambuyat dihasilkan daripada sagu rumbia yang diproses menjadi kemudian diproses menjadi sagu atau dipanggil juga sebagai “ NATUK ‘ bagi orang Bisaya. Apabila ianya dimasak dan siap untuk dihidangkan maka ia akan dipanggil Ambuyat.

Sagu atau ambulung boleh didapati di pasar atau tamu dalam bentuk paket dengan harga RM2.00 ke RM5.00. Untuk menghasilkan sagu menjadi ambuyat ialah tepung sagu yang dibeli dalam bentuk paket perlu dileraikan atau dicairkan ke dalam bekas yang mengandungi air. 

Setelah hening maka air tadi dibuang sehingga menampakan permukaan sagu tadi kemudian barulah  tuang air panas yang baru mendidih ke dalam tepung sagu dan kacau hingga menjadi kenyal. Maka tepung sagu tadi menjadi ambuyat dan siap untuk disantai. 

Ambuyat mempunyai rasa yang tawar dan adakalanya sedikit berbau tapi menyelerakan namun ia bergantung pada kuah dan lebih hebat jika kuahnya masam sedikit atau pedas. 

Kalau saya lebih suka kuahnya dicampur dengan isi buah Mambangan yang masam disertai ikan basung masak ampap kunyit. Wah sedap betul tau. 

Ambuyat lebih seronok jika makan beramai. Nampak suasana makan yang sangat ceria dan mengembirakan. Lebih-lebih lagi kalau makan panas-panas. Lain pula dengan makanan satu ni. Ia lebih dikenali dengan panggilan TUHAU. 

Tuhau merupakan sejenis tanaman hutan liar yang mempunyai ketinggian lebih kurang 1 meter ke 2 meter. 

Tuhau mempunyai bunga yang dipanggil Bunga kantan. Tuhau diperbuat daripada batang bunga kantan untuk dijadikan jeruk tuhau. 

Batang tuhau mempunyai bau seperti kumbang yang dipanggil “ KASISANG” Proses menghasilkan jeruk tuhau dengan mengambil umbut batang bunga kantan yang lembut dan dijeruk bersama air limau kasturi campur cili. Wowwww lumayan sedapnya. 


Cara ringkas penyediaan jeruk tuhau :- Mudah dan senang. 

 i. Potong batang kantan dengan mencincang halus atau ikut kesukaan. Biasa batang kantan dicincangkan kelihata seperti bertali-tali. Biarkan saja. 

ii. Masukkan berberapa ketul bawang putih. 

iii. Kisar cili padi atau potong-potong dan gaul bersama hirisan tuhau tadi. 

iv. Kemudian campurkan cuka atau pun air limau kasturi mengikut selera masing-masing bersama garam secukup rasa. Kan dah siap. Boleh sudah dilahap bersama nasi panas-panas...sedappp beee... 

Batang kantan yang dijadikan tuhau juga boleh di masak atau dibuat serunding dan dicampur hirisan lada putih sedikit ikan masin atau ikan bilis...lagi sedap. 

Jadi sesiapa yang ingin merasakan makanan kegemaran saya bolehlah ke hutan untuk mencari batang kantan. Selamat mencuba genk...


Toykb
Beaufort.

27 comments:

  1. Hmm sedapnya, ada ikan juga :)

    ReplyDelete
  2. emang sedap...sehingga tak sedar org bawa cerita...hehehhe

    ReplyDelete
  3. ambuyat dan kapurung nampak seakan sama hasil akhirnya. Cuma bahan utama yang digunakan berbeza. Tapi itulah keunikan makanan tradisional bagi berbilang suku di Sabah.

    ReplyDelete
  4. Ambuyat daripada rumbia...kapurung inda tau dari apa...

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan.. done follow..
    menarik makanannya.. teringin juga nak cuba satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ble cuba bah tu...kalau caca atau kuah sedap...sedap lah tu

      Delete
  6. dah lama nk try ambuyat tp belum ada rezeki lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe...ada masa ble santai juga tu sama ambuyat...

      Delete
  7. Replies
    1. ko kan suda convert bangsa...indakan tak tau makan ambuyat...

      Delete
  8. Saya belum pernah lagi ke Sabah atau mencuba makanan tradisional Sabah. Btw salam perkenalan. Saya sudah follow blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bah p kat sabah...roger ja...manatau boleh bantu bawa jalan2 dan makan ambuyat...

      Delete
  9. AMBUYAT N TUHAU BELUM PERNAH RASA MESTI SEDAP TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambuyat ni rasa tawar cuma kuah cacah dy kena sedap...dan tuhau tu mang sedap tapi bau dy mcm serangga kencing api atau nama lain kasisang...klu nak.cuba dtg kat beaufort sabah...hehhehe

      Delete
    2. Bha ni kalilah...cacah & lir pun bulih kaitu...

      Delete
  10. saya suka makan ambuyat atau linut..

    memang makan beramai-ramai lebih nikmat dan feel

    lagi ramai lagi best..

    inilah makanan berjemaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tuan...berjemaah time mkn memang best...tpi jgn makan di aircon...haha

      Delete
  11. Belum pernah lagi makan ambuyat dan tuhau ni guru. bha kirimkan ba kunu...boleh rasa2 kaitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambuyat mana dpt kirim...klu kirim sagunya...klu campin bt ble lah...

      Delete
  12. tak pernah makan lagi ni.. kalau ada depan mata nk juga try... apapun, done follow blog tuan.. jemput singgah blog saya juga, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq...manatau ada rezeki ble bah dtg beaufort sabah...test makan sagu...yg penting cecah dy sedap...

      Delete
  13. PERMAINAN ONLINE TERBESAR DI INDONESIA

    Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    - Adu Q
    - Bandar Q
    - Bandar Sakong
    - Bandar Poker
    - Poker
    - Domino 99
    - Capsa Susun
    - BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )
    - Perang Baccarat ( GAME TERBARU )

    Permainan Judi online yang menggunakan uang asli dan mendapatkan uang asli ^^
    * Minimal Deposit : 50.000
    * Minimal Withdraw : 100.000
    * Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop ( Kecuali Bank offline / gangguan )
    * Bonus REFFERAL 20 % Seumur hidup tanpa syarat
    * Bonus ROLLINGAN 0.5 % Dibagikan 2 kali dalam seminggu
    * Proses Deposit & Withdraw PALING CEPAT
    * Sistem keamanan Terbaru & Terjamin
    * Poker Online Terpercaya
    * Live chat yang Responsive
    * Support lebih banyak bank LOKAL


    Contact Us

    Whatapps: +85595897137
    LINE: ituQQ
    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

    * Login ituQQ
    * DaftarituQQ

    ReplyDelete