Tuesday, 9 July 2019

CERITA SEMALAM


Baca Juga



Assalamualaikum dan salam sayang buat anda semua, semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT...amin...kali ini ku tawarkan cerita semalam untuk langkah percubaan menghasilkan cerita pendek semoga tunjuk ajar dapat sahabat umbankan kepada ku.  Terima kasih sahabat... 

SEMALAM

Aku punya kereta tapi tidaklah semewah kereta orang lain. Hanya kereta kebanggaan kita iaitu kereta buatan Malaysia.

Malam itu tanpa aku berfikir, aku ingin merasai pergi ke kedai tanpa menggunakan kenderaan dan hanya berjalan kaki walaupun akan mengharungi perjalanan sejauh 2 kilometer dari rumah ku.

Biasa aku akan merehatkan perjalanan ku dan santai disebuah restoran mamak dan juga kawan perbualan ku ketika dia tidak sibuk melayani pelanggan.

Kebetulan malam itu dia tidak sibuk seperti jangkaan ku sebelum ini. Panjang cerita yang kami bentangkan dan huraikan tapi semua itu hanya cerita kosong yang menghiburkan hati bagi mengisi suasana di malam itu.

Malam itu sangat dingin dan berbeza dari malam-malam sebelumnya. Kesunyian amat terasa walau masih ada kenderaan atau orang berjalan-jalan ketika itu. Entah apa yang mereka ingin lakukan tapi aku tak peduli, kerna itu urusan mereka.

Ketika itu jam sudah memberi amaran bahawa tengah malam akan tiba. Jam 11.45 malam menjadikan sunyi semakin melanda suasana pada waktu itu.

Sedang aku masih ghairah berbual bersama mamak kawan aku. Tanpa sedar kedengaran suara pintu kedai mula hendak ditutup sebagai tanda akan berakhir perbualan kami.

Tepat 12 malam kawan mamak memberi isyarat bahawa kedainya akan tutup dan memberitahu kita sambung esok lagi.

Lalu aku bangkit dan membayar minuman yang ku kira hanya beberapa ringgit sahaja.
Dengan bangkit ku itu bererti aku harus mengharungi semula perjalanan ku tadi yang kali ini lebih sunyi dan gelap berselimutkan empun yang sangat dingin.

Perjalanan sedikit terhenti apabila ada beberapa ekor anjing liar yang berkeliaran disetiap pelusuk kedai. Kerana aku sangat tidak menyukai dan takut kepada anjing berjenama seperti itu.

“Handphone” menunjukkan jam 1 pagi dan bererti aku sdh membuang masa ku kerna anjing itu. Seberangkat ku tadi jam tepat 12.25 pagi membuktikan aku kerugian masa 35 minit untuk sampai ke rumah gara-gara anjing itu tadi.

Aku meneruskan perjuangan perjalanan ku untuk sampai ke rumah sebelum jam 2 pagi ternyata hampa. Sedang aku melangkah disetiap selipar landasan keretapi menuju ke rumahku, kedengaran klon dari langkah menyamai rentak kakiku.

Tanpa sedar badan ku menjadi sejuk bersalut panas dan disertai kumpulan bulu roma yang sedang tegak berdiri. Semakin tegas aku melangkah semakin kuat retak yang menyertainya.

Aku cuba menegaskan diri ku agar berani untuk meneruskan perjalanku walaupun rasa cemas dan takut bersamaku.

Aku cuba berlari anak-anak supaya perasaan cemasku dapat ku buang sedikit demi sedikit, tapi ternyata sangkaan ku salah.

Semakin aku mengencangi larian ku semakin pantas dan kuat bunyi yang meniru retak kaki ku dan kali ini disertai nafas yang sangat bergemuruh.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berlari sekuat hatiku sehingga aku tidak dapat mengawal kelajuan ku dan akhirnya tersungkur jatuh ke dalam takungan air diparit berserta suara teriakan yang sangat kuat di cuping telinga.

Sepertinya aku kenal suara itu. Ternyata suara itu adalah suara ibu sambil menyiramku dengan air kerana inigin membangunkan aku dari tidur. Jam menunjukan pukul 7.30 pagi. Seharusnya aku sudah berangkat untuk pergi ke pejabat. Selamat tinggal mimpiku.

Hasil Nukilan :-
Toykb
Beaufort

4 comments:

  1. Jangan jadi macam sorang tu. Sikit tidur di kebun pisang lepas balik dari rumah ku...hahaha

    ReplyDelete
  2. Hahahah jumpa cewek di kebun pisang d tgh mlm rasnya jauh lbh bagus dari kena kejar anjing di tgh mlm lepas blk dari kedai mamak

    ReplyDelete