Baca Juga
Keretapi Negeri Sabah ( Beaufort )
Assallamualaikum dan salam sayang buat semua Bloggers semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...amin...
Beaufort sebelum Perang Dua Kedua
Daerah Beaufort adalah sebuah daerah yang terletak 96 kilometer dari Kota Kinabalu di bahagian pedalaman bawah Negeri Sabah
Daerah Beaufort dulunya telah diterokai pada tahun 1898 dibawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo (Syarikat Borneo Utara).
Keretapi guna kuasa arang batu
Sebelum ini Beaufort adalah dikenali sebagai Lembah Padas dan setelah diterokai ia telah dinamakan "BEAUFORT" sempena nama seorang gabenor dalam Kerajaan British Utara iaitu "L.P Beaufort".
Secara amnya daerah Beaufort meliputi kawasan seluas 1,735 kilometer persegi termasuk kawasan daerah Kecil Membakut.
Penerokaan landasan keretapi tahun 1903 ( Beaufort )
Dan daerah Beaufort boleh dihubungi melalui jalanraya dan keretapi. Dan kali ini kita akan bercerita serba sedikit tentangan pengangkutan menggunakan keretapi di daerah Beaufort.
Zaman pentadbiran British keretapi digunakan sebagai pengangkutan untuk menbawa hasil pertanian seperti getah dan tembakau ke pelabuahan Jesselton.
Beaufort - Tenom ( Transit )
Selain itu pengangkutan keretapi juga digunakan sebagai mengangkut barangan seperti beras, buah-buahan dan sayur-sayuran ke daerah Tenom.
Landasan pertama yang dibina adalah sepanjang 32 kilometer dari Sungai Bukau di utara Beaufort ke selatan di pelabuhan Weston. Pada tahun 1903 landasan dipanjangkan ke daerah Tenom sejauh 48km dan siap pada tahun 1905.
Landasan Beaufort - Tenom
Kemudian pada tahun 1906 landasan ini disambung dan dipanjangkan ke Melalap sejauh 16km oleh Jurutera Arthur J West. Beliau ingin memanjangkan landasan ke daerah Keningau tetapi beliau telah dipindah ke Australia dan cadangan tersebut tergendala sehingga hari ini.
Pada tahun 1903 kerja-kerja pembinaan landasan dari Beaufort ke Kota Kinabalu yang dikenali sebagai Jesselton telah diteruskan. Pembinaan landasan ini dibuat berhampiran kawasan pantai sejauh 193 km.
Stesen terakhir - Tanjung Aru, Kota Kinabalu
Namun, hampir keseluruhan rangkaian dimusnahkan semasa Semasa Perang Dunia Kedua rangkaian landasan ini hampir musnah keseluruhannya. Dan Pada Tahun 1945, 24 Kumpulan Briged Infantri Australia telah mengambil alih pengendalian rangkaian kereta api.
Sebagai langkah penambahbaikan perkhidmatan keretapi pada tahun 1949, Perkhidmatan Keretapi Borne Utara telah merancang satu program pemulihan.
Namun demikian pada tahun 1963 rangkaian landasan keretapi ke Weston telah ditutup begitu juga laluan ke Melalap pada tahun 1970 kerana laluan ini jarang digunakan disebabkan pembinaan jalanraya baru.
Sebelum Penutupan Rangkaian Di Weston
Hari ini rangkaian keretapi telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah merupakan sebuah jabatan kerajaan Negeri Sabah.
Untuk pergi ke Daerah Tenom dari beaufort kita akan melintas beberapa stesen keretapi seperti stesen Saliwangan, stesen Halogilat, stesen Rayoh, stesen Pangi dan akhir sekali stesen daerah Tenom dan dikenakan tambang atau tiket perjalanan sebanyak RM2.75 untuk satu perjalanan.
Sebagai Pengangkutan Awam
Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 jam dengan jarak sejauh lebih kurang 134 kilometer. Dalam perjalanan ini kita ada bertemu dua buah gua batu yang panjangnya lebih kurang 30 ke 50 meter.
Pemandangan Sepanjang Perjalanan Beaufort - Tenom
Jika anda belum pernah menaiki keretapi dari Beaufort ke Tenom wajib anda mencubanya. Sepanjang perjalanan kita akan melihat pemandangan sungai Padas yakni sungai yang ketiga panjang di Malaysia.
Selamat merasai...jumpa lagi.
Toykb
Beaufort
macam baca buku teks hehehhe... ms g sabah dulu teringin jg naik keretapi. tp tu laa duduk sn sekejap je... mmg x laa naiknya
ReplyDeleteSekarang ada keretapi pelancong...ada cafe di dalam dan berhawa dingin...kalau naik sabah boleh test...
ReplyDelete