Thursday 18 July 2019

Sejarah Ringkas Banjir Di Beaufort ( Lembah Padas )


Baca Juga

Assallamualaikum dan salam sayang buat semua Bloggers semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah...






Banjir Di Lembah Padas ( BEAUFORT )

Beaufort merupakan sebuah pekan yang terletak di kawasan pedalaman Sabah. Pada tahun sebelum jajahan British Beaufort dikenali sebagai Lembah Padas kerana bentuk permukaan Beaufort seperti kawah dan sering dilanda banjir.

Banjir di daerah Beaufort merupakan satu tradisi dan semua penduduk telah maklum dengan fenomena tersebut. Banjir di daearh Beaufort berlaku sejak tahun 1903 sebelum jajahan British.

Banjir Tahun 1956 di Pekan Beaufort

Kenapa banjir sering berlaku di daerah Beaufort, kerana Beaufort mempunyai sebatang sungai yang diberi nama Sungai Padas. Sungai Padas merupakan sungai ketiga panjang di Malaysia yang mempunyai jarak 200 kilometer.



Sungai Padas terletak di kawasan Tenom, Beaufort dan ulunya dari kawasan Long Pa Sia yang terletak dikawasan Pedalaman di sebelah selatan Kota Kinabalu, Sabah. 

Sungai Padas menghilir melalui kampung Limbawang, Gadong, Suasa, Jabang, Bangkalalak dan Berumbai. Kuala sungai Padas ialah di Kuala Palas, seberang Weston.


 Jambatan Beaufort Semasa Banjir

Banjir telah berlaku di daerah Beaufort disebabkan limpahan air Sungai Padas berikutan hujan di bahagian Hulu Sungai Padas iaitu di Daerah Keningau dan Tenom. 

Keadaaan ini telah menyebabkan banjir di kawasan empangan Hidroelektrik Pangi, di Daerah Tenom. 

Empangan Hidroelektrik Pangi, di Daerah Tenom. 

Tiga pintu air empangan telah dibuka sepenuhnya dan kadar aliran tertinggi Sungai Padas yang pernah direkodkan oleh stesyen Hidroelektrik Pangi adalah sebanyak 2275 m3 /s berbanding 300 m3 /s pada keadaan biasa. 

Empangan Hidroelektrik Pangi, di Daerah Tenom. 

Ini telah menyebabkan banjir di Daerah Beaufort walaupun hujan hanya sedikit dicatatkan di Daerah Beaufort. Paras air tertinggi yang direkodkan di Pekan Beaufort adalah 9.32m AMSL pada tarikh 09/11/2008 jam 9.00 malam (paras bahaya 8.70m). 

Landasan Keretapi Pekan Beaufort

Sejak bertahun-tahun lamanya daerah Beaufort terkenal tentang daerah banjir. Daerah Beaufort sering di landa banjir lebih kurang 2 atau tiga kali setahun. Ini menjadi tradisi bagi penduduk daerah Beaufort.

Menurut cerita orang dahulu banjir di daerah Beaufort akan pulih seperti biasa sekiranya ada mangsa yang lemas di sungai padas atau dikawasan banjir. Fenomena ini sudah jadi kebiasaan penduduk daerah Beaufort dan bukan menjadi satu yang luar biasa.

 Stesen Keretapi Beaufort


Pekan Beaufort Dari Udara

Walaupun banjir di daerah Beaufort adalah satu budaya yang menjadi kebiasan penduduk Beaufort namun setiap kali banjir ia akan mengahkibatkan kerugian yang besar kepada penduduk daerah Beaufort.

Jawatankuasa Bencana Daerah Beaufort juga mengambil insiatif untuk membantu mangsa banjir dengan memindahkan mangsa ke dewan Pa Musa. Kebiasaan banjir berlaku akan melibatkan lebih kurang 300 ke 400 keluarga dengan jumlah seramai 3 ke 5 ribu orang sekiranya banjir besar berlaku.

Mangsa Banjir di Dewan Pa Musa Beaufort

Setiap kali banjir berlaku ia akan melibatkan lebih kurang 10 ke 20 buah kampung seperti kampung Balibata, kampung Luagan, kampung Suasa, kampung Gadong, Kg mempagar dan banyak lagi.

Kesemua kampung tersebut adalah terletak di kawasan hilir sungai padas dan mempunyai kawasan rendah.

Kg Bakalau Yang Terlibat Banjir

Banjir berlaku apabila Curahan hujan yang tinggi dan panjang di bahagian hulu Sungai Padas pada satu-satu masa serta kawasan tadahan yang luas (9100km persegi)  meliputi Daerah Tambunan, Daerah Keningau, Daerah Tenom dan Daerah Beaufort akan menyebabkan banjir di Daerah Beaufort.

Sejak kerajaan membuat kerja-kerja perancangan mencegah banjir di Pekan Beaufort dengan membuat benteng pertahanan tebing sungai dan memperbaiki sistem perparitan maka banjir jarang berlaku.

Sehingga hari ini, dalam setahun tidak pernah berlaku banjir kecuali banjir kilat akibat hujan lebat.

Disediakan secara ringkas Oleh :-

Toykb 
Beaufort.



10 comments:

  1. Nasib baiklah sudah jarang banjir lagi sekarang. Kalau di Pahang, tiap-tiap tahun mesti banjir masa musim tengkujuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada hikmah dy tu...banjir selalu...btl tak kak Jannah

      Delete
  2. tinggi betul ya paras air bila sekali naik banjir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi Dear Anies...pernah sampai 10.08meter...air sampai bumbung rumah...

      Delete
  3. Beaufort daerah ku walaupun lahir di Likas..haha... Bakalau kampung ku tapi tu rumah siapa ya?

    ReplyDelete
  4. rmh mereka dan keluarga mereka...hahaha

    ReplyDelete
  5. Aik sanyap sudah si guru ni...Mana sudah kau guru..sibuk ka di opis atas bukit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori busku...demam aku beberapa hari ini...

      Delete
    2. Aku ingatkan kau baranti sudah tulis blog sebab hilang idea bha guru..jadi, ok juga kau guru?

      Delete