Friday 5 July 2019

Cetusan Rasa Buat Bidadariku


Baca Juga


Assalamualaikum dan salam cinta buat teman-teman.
Semoga hari ini kita sama-sama mendapat perlindungan daripada Allah SWT....amin. 

Kali ini saya akan menconteng cetusan rasa ini buat santapan kita  semoga ia membawa berjuta aspirasi buat diri kita bersama...



CETUSAN RASA BUAT BIDADARIKU

Sehingga hari ini kamu bisa ketawa bersama dia...Sedang aku masih berteman rasa sakit dan kecewa...

Aku hanya mampu melihat orang lain ketawa...sedang aku memaksa diri mengukir senyum walau berjuta air mata mengalir tanpa aku sedar...namun tiada siapa yang tahu...

Di sana kegembiraan menghujani dirimu tanpa menghiraukan aku di sini ...walau aku sering memikirkan kamu tanpa peduli dari kamu...

Mungkin setiap kali kamu membaca status yang ku tujukan buat dirimu...kamu bisa ketawa dan menganggap kebuduhan apa yang aku lakukan...

Pada fikir kamu...kenapa ada manusia buduh wujud didunia cinta seperti ini...Tapi aku tidak pernah peduli itu semua...semua itu ku lakukan bukan kerana mencipta sejarah cinta kosong...Ini ku lakukan kerna “ AKU SANGAT-SANGAT SAYANG KAMU”....

Selagi ada peluang untuk aku berbicara menyatakan isi hatiku...aku akan terus berbicara sebelum semua saluran ke pintu hatimu kau tutup serapat-rapatnya...

Semoga kamu juga “ SAYANG AKU SANGAT-SANGAT” kerna aku percaya keajaiban itu pasti ada dalam sejarah cinta kita.


" ADAKALANYA JUJUR ITU PAYAH, TAPI TIDAK SEHARUS TERUS MENYIMPAN SESUATU ITU YANG SUATU HARI PASTI AKAN DIKETAHUI"



-Toykb-

2 comments:

  1. Perghhh....tulisan kali ni sangat berat hendak dihadam. Namun masih terbaik berbanding mereka yang membuat posting radikal dan sukar hendak "dimasukkan" dalam kepala. Teruskan dan semoga Beaufort mampu melahirkan blogger yang ramai.

    ReplyDelete