Thursday, 11 July 2019

Bukit Bendera Beaufort


Baca Juga


Assalamualaikum dan salam sayang buat anda semua,  semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT...amin...

Bukit Bendera Beaufort ( Ringkasan Cerita )

Mengibas kembali kenangan lalu, sekali lagi saya membawa anda semua ke tempat extreme yang saya lawati semasa mengikuti Program Jelajah Bukit Bendera Beaufort anjuran Kelab Belia Transformasi Beaufort dengan kerjasama KBSS Bahagian Beaufort.

Seperti daerah lain di negeri Sabah, Beaufort juga mempunyai tempat-tempat yang menarik dan boleh dilawat untuk aktiviti rekreasi, riadah, lasak dan sebagainya.

Terdapat 13 tempat menarik yang boleh anda kunjung bersama keluarga, teman dan siapa sahaja, janji anda minat aktiviti seperti ini.


Antara tempat-tempat yang menarik di daerah ini seperti :-


  1. Weston Wetland di Kg Weston Beaufort
  2. Starcerich Memorial Monument di Pekan Beaufort
  3. Klias River Cruise, Monkey Top Safari di Menumbuk 
  4. Tagal Kg Karangan Beaufort, Klias Wetland Advencure Kg Kota Klias
  5. Weston Proboscis Monkey & River Crusie
  6. Pusat Informasi Rumbia di Kuala Penyu
  7. Bukit Bendera Beaufort
  8. Bukit Samudera Membakut Beaufort
  9. Air Terjun Batu 58 Beaufort
  10. Air Terjun Kg Karangan Beaufort dan banyak lagi.

Tapi kali ini kelab kami telah memilih Hiking Mendaki Bukit Bendera Beaufort memandangkan kos perbelanjaannya sangat murah dan mencabar keupayaan serta mental kita.

Program kali ini menarik seramai 50 orang belia dan beliawanis belum termasuk orang persendirian yang juga meminati aktiviti lasak ini.




Jarak dari pekan Beaufort ke Tapak Permulaan Bukit Bendera Beaufort lebih kuran 1 kilometer dan mempunyai ketinggian 300 kaki dari paras laut.

Dan jarak dari tapak mula ke puncak adalah 1.3 km mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk pendaki biasa erti kata berjalan santai.

Keunikan sepanjang perjalanan mendaki, pelbagai keadaan cabar  kita akan lalui. Justeru ini kekuatan fizikal dan mental sangat diperlukan demi kejayaan diri sendiri untuk sampai ke puncuk disertai sokongan dan dorongan dari rakan-rakan.



Bagi mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar, Bukit Bendera Beaufort sangat sesuai kerana ia mampu diri untuk mengatasinya.

Sepanjang perjalanan kita dapat merasakan betapa hebatnya kita yang sentiasa mengajar erti berusaha tanpa gagal.

Mendaki Bukit Bendera Beaufort kita akan terjumpa simpang lalu ke air terjun mini Bukit Bendera tetapi comel dan sekurang-kurangnya boleh menghilangkan kepenatan selepas mendaki.







Sepanjang perjalanan kekadang kita akan terlihat kumpulan semut merah sebesar batang pencil dan sangat cuit. Dan kekadang juga kita akan terjumpa serangga-serangga yang tiada di kawasan rendah, ulat gonggok sebesar  bateri 3A dan banyak lagi.

Di puncak Bukit Bendera Beaufort boleh menampung seramai 60 ke 70 orang dalam satu masa. Selepas melepaskan penat kita bolehlah bergambar dengan pemandangan yang indah, lebih-lebih lagi kita boleh melihat Sunset yang sangat cantik dibibiran langit.



Sekiranya cuaca baik, Bukit Bendera Beaufort kita dapat melihat pantai Pimping Membakut Beaufort, Kg Weston Beaufort, Pekan Beaufort dan malam kita akan nampak cahaya kilau daripada Wilayah Persekutuan Labuan.

Selepas kita mendaki dan turun ke bawah mengambil masa 30 minit. Kita boleh meneruskan perjalanan ke air terjun Batu 58 yang jarak dari tapak mula Bukit Bendera lebih kurang 4.5kilometer.

Di sana kita boleh mandi dan santai untuk merehatkan diri setelah penat mendaki. Jika kita menggunakan kenderaan mengambil masa 10 minit untuk sampai ke tapak mula masuk air terjun Batu 58 tersebut.

Sekiranya anda ingin menikmati suasana pendakian dan air terjun Batu 58, datanglah ke Beaufort. Bolehlah berhubung dengan Kelab Belia Transformasi Beaufort yang telah diamanahkan untuk menjaga di bawah seliaan Pejabat Daerah Beaufort dan Majlis Daerah Beaufort.



Jom contact 01151700157...

toykb
Beaufort

Inilah Daerah Ku Tercinta " BEAUFORT "






8 comments:

  1. Bestnya.. mama x penah sampai lagi sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak apa mama...nanti kalau ada ada rezeki dan masa...mama pasti sampai juga...ble contact sy terus...nanti boleh ditemankan jalan2..hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. ok...tq mama...bantu2 ajar saya yang baru mo ceburi bidang blogger ni...tq

      Delete
  3. Teruskan semangat tu...jangan hilang. Ramai sebenarnya kawan blogger famous di Malaysia ni. Dan melalui blog banyak yang kita boleh belajar perkara baik. Sebenarnya Sabah juga ada persatuan blogger sendiri. Boleh kenal-kenal dengan mereka.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih busku...mohon tunjuk ajar...

    ReplyDelete
  5. Banyak tempat menarik di Beufort. Tak pernah lagi dengar tentang Bukit Bendera Beufort. Bukit Bendera Pulau Pinang pernahlah dengar😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit bendera Beaufort baru ja di buka secara rasmi mei tahun ni...klu ada masa dtg lah ke beaufort sabah...heheheh

      Delete