Thursday, 11 July 2019

Pulau Tiga Kuala Penyu, Sabah


Baca Juga



PULAU TIGA, KUALA PENYU SABAH. ( Cerita Ringkas )

Pengenalan
Memandangkan Sabah adalah negeri pantai timur daripada semenanjung Malayasia dan digelar sebagai negeri di bawah bayu.  Keistimewaan di Sabah kita mempunyai lebih kurang 51 buah pulau.
Pulau Tiga adalah sebuah pulau yang tidak dihuni oleh manusia. Pulau Tiga terletak di Laut China Selatan dekat dengan pesisiran pantai barat Sabah di kawasan Teluk Kimanis, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Kinabalu dan mengambil masa lebih kurang 90 minit dengan menaiki bot laju.
Pulau Tiga dahulunya adalah Hutan Simpan yang  telah diwartakan sebagai Taman Negara Sabah pada tahun 1978 dan kini dikenali juga sebagai Taman Pulau Tiga.
Pulau ini terbentu pada 21hb September 1897 ketika gempa bumi yang melanda Mindanao menyebabkan letusan gunung berapi dekat Borneo.
Pulau Tiga meliputi keluasan 39,000 ekar ( 15,864 hektar ) manakala bahagian darat mempunyai keluasan 1,500 ekar ( 607 hektar ). 

Keluasan pulau tiga meliputi kawasan laut bunga karang termasuk dua buah pulau iaitu Pulau Kalampunian Besar dan Kalampunian Damit ( Pulau Ular )
Habitat pulau ini sangat sesuai untuk kehidupan ular laut. Pulau ini juga terdapat lopak-lopak lumpur gunung berani ( Mud volcano ).

Tarikan Yang Terdapat Di Taman Pulau Tiga.

Apa yang menjadi daya tarikan Di Taman Pulau Tiga ini terdapat kawasan Gunung Berapi Lumpur dan sarang burung Tambun yang terdapat dipesisiran.
Selain itu Taman Pulau Tiga juga mempunyai keunikan alam semulajadi yang masih belum tercemar seperti hutan dara, tumbuhan bakau disambil terdapat 60 species burung termasuk burung Tambun.
Selain burung pulau ini juga didiami oleh ratusan Monyet ( Maccac Fasicularis ), biawak dan berpuluh ribu keluang ( Flying Fox ) manakala di pulau kalampunian Damit di diami oleh ratusan ekor ular laut ( Laticuda Calubrina ).

Pengalaman Di Pulau Tiga Kuala Penyu Sabah.

Kelab Belia Transformasi Beaufort  dalah satu persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia ( ROY ) sejak tahun 2015. 

Ekspedisi ke Pulau Tiga Kuala Penyu Sabah merupakan salah satu program yang dirancang untuk membawa ahli kelab agar lebih aktif dan progresif dalam berpersatuan.
Pada Tanggal 15hb Oktober 2017 kira-kira seramai 17 orang ahli kelab telah mengikuti Program Ekspedisi Ke Pulau Tiga Kuala Penyu Sabah. 

Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti mandi di lumpur gunung berapi ( Valcano ), Jungle Treking, bersukan dan sebagainya.
Perjalanan hari pertama kami ke Pulau Tiga sangat memberi tekanan mental dan mencabar. Perjalanan kira-kira jam 9.30 pagi itu di  temankan ribut dan ombak kencang. 

Pada mulanya pihak pengurusan pulau tidak memberi kebenaran untuk kami meneruskan perjalanan.
Namun desakan dan rayuan yang kami buat telah mencairkan hati kakitangan Taman Pulau Tiga atas alasan sebarang kemungkinan adalah tanggunjawab kami.
Dalam perjalanan di tengah laut ternyata dugaan kami benar bahaya keadaan laut sangat membahayakan bot kami yang hanya muat untuk 12 orang penumpang sahaja tidak temasuk 2 orang “ Boat Man “.
Dengan menharungi lautan yang bergelora, akhirnya kami sampai di jeti. Tetapi bot kami tidak boleh mendekati jeti tersebut kerana pukulan ombak sangat kuat. 

Akhirnya kami pun mendarat di tepi pantai. Tapi bot kami hanya dapat mendarat 15 daripada pantai dan ini amat menyukarkan kami untuk turun walaupun dibantu oleh kakitangan pulau tersebut.
Angin dan laut bergelora masih tidak berhenti. Dan kami dimaklumkan oleh kakitangan pulau tersebut bahawa tarikh ekspedisi kami ini berlanggar dengan tarikh musin angin monson yang melibatkan Negara Filipina.
Walau bagaimana pun keadaan itu tidaklah menghalang dan membatalkan jadual program kami pada masa itu. Aktiviti tetap diteruskan.

Selama dua hari satu malam kami berada di pulau itu angin kencang dan ribut tidak berhenti. Rencana ingin berkhemah terpaksa dibatalkan dan kami semua tinggal di rumah penginapan yang telah kami tempah pada hari itu juga.
Sehinggalah ke esok harinya keadaan masih tidak berubah tapi ribut dan ombak bergelora semakin kurang. 

Tepat jam 9 pagi kami mengambil keputusan untuk balik ke Kuala Penyu kerana takut angin dan ombak kencang sebelah petang.
Dengan mengambil masa lebih kurang 35 minit akhirnya kami pun sampai di Pekan Kuala Penyu tanpa ada sebarang masalah. 

Sekitar jam 10.20 pagi semua ahli bertolak ke Beaufort untuk balik ke rumah masing-masing.


Sekian.

Toykb
Beaufort.

6 comments:

  1. Nah posting yang begini aku tunggu dari kau kahar. Biasanya posting begini akan menarik minat orang lain baca terutamanya blogger niche travelog.

    ReplyDelete
  2. Terbaaaaaik guru. lama indak pigi sini tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PD...mayb dalam bujan julai or ogos kami pigi lagi...

      Delete
    2. Jau bha aku guru,,sini mencari dollar untuk hantaran..haha

      Delete
    3. inda apa genk...palan2...selesaikan dulu urusan mencari...semoga dipermudahkan...

      Delete