Wednesday, 24 July 2019

Assalamualaikum...salam sayang buat kamu yang tersayang...

Mentari terang menjadi suram dan akhirnya gelap gelita. Saat aku mengenal kamu, hidupku ceria dan riang. Masa-masa itu ku padatkan dengan bersamamu. Erti kata tiada yang gelap bagiku hanya terang keceriaan.

Setiap hari ku saksikan senyuman mu. Setiap detik ku habiskan untuk mu. Melihatmu aku bahagia, melihatmu membuat aku hilangkan seksa hati ku.

Sering kita ungkapkan bahasa kasih sayang dengan hurai cinta sejati. Segalanya diikat dengan janji sehidup semati. Setiap ucapan kita atur dengan lontaran bahasa cinta yang menyenangkan.

Tidak pernah ada ukiran untuk kita menyeksai hubungan ini dengan deraan perpisahan. Ibarat cantuman simpulan yang tak mungkin terhurai dan terlepas.


Kata cintaku bukan ku huraikan dengan ungkapan atau ucapan. Tapi ku laksanakan dengan hubungan ikatan cinta yang abadi.


Biar badai melanda tetap kita harungi bersama dengan apa saja cara agar ia tidak menghancurkan ikatan kasih sayang kita yang selama ini kita kubukan.

Segala impian akan kita kota kan bersama. Segala impian akan kita dirikan bersama. Segala impian akan kita warnai dengan warna keindahan yang tidak mungkin akan dicemari warna gelap.

Namun semua itu musnah kerna hilang kekuatan dalam simpulan kasih sayangmu. Kau roboh istana yang belum siap kita bina. Kau siram warna keindahan dengan air mataku.

Segala janji mengikat kata putus terlerai. Segala janji untuk membina istana kau hancurkan dengan rasa takutmu. Dengan sekelip mata kau luluhkan segalanya. Aku pasrah dengan adanya ini semua.

Semakin keras aku berusaha menyimpul ikatan kasih semakin aku rasa kehilanganmu. Aku tahu cinta bukan datang dari bibir atau lidah atau fikiran ,  cinta datang dari hati yang ikhlas dan suci.


Aku mengharapkan cinta datang bukan untuk pergi. Aku mengharapkan cinta datang untuk bahagia. Namun kali ini cinta yang datang untuk pergi dan apakah cinta itu akan kembali.

Aku bukan mengharap cinta yang tinggi. Aku hanya mengharap cinta yang sedarhana. Dan selalu mengharapkan kita bersama. Namun semua itu mungkin angan ku yang belum pasti ada.

Saat ini hati ku redup dan menunggu ia akan ceria lagi dengan kehadiran cahaya kasih sayangmu. Fikirku akan menunggu dan terus menunggu kapan kasih sayang itu datang menerangi hati gelapku dan tidak akan pergi lagi.

Kalau ini takdir buat ku, kuharapkan kebahagian menyinari hidupmu disamping dia yang kau cinta. Akan ku akhiri perjuangan ini dengan membimbing hati agar bisa menerima seadanya. Buatmu dalam doaku. Semoga ada keajaiban wujud diantara kita.

Salam sayang buat tersayang...

Toykb
Beaufort

P/s komen coretan ini untuk penambahbaikan...tq.. ( TEST2 JER BAH )

Thursday, 18 July 2019

Assallamualaikum dan salam sayang buat semua Bloggers semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah...






Banjir Di Lembah Padas ( BEAUFORT )

Beaufort merupakan sebuah pekan yang terletak di kawasan pedalaman Sabah. Pada tahun sebelum jajahan British Beaufort dikenali sebagai Lembah Padas kerana bentuk permukaan Beaufort seperti kawah dan sering dilanda banjir.

Banjir di daerah Beaufort merupakan satu tradisi dan semua penduduk telah maklum dengan fenomena tersebut. Banjir di daearh Beaufort berlaku sejak tahun 1903 sebelum jajahan British.

Banjir Tahun 1956 di Pekan Beaufort

Kenapa banjir sering berlaku di daerah Beaufort, kerana Beaufort mempunyai sebatang sungai yang diberi nama Sungai Padas. Sungai Padas merupakan sungai ketiga panjang di Malaysia yang mempunyai jarak 200 kilometer.



Sungai Padas terletak di kawasan Tenom, Beaufort dan ulunya dari kawasan Long Pa Sia yang terletak dikawasan Pedalaman di sebelah selatan Kota Kinabalu, Sabah. 

Sungai Padas menghilir melalui kampung Limbawang, Gadong, Suasa, Jabang, Bangkalalak dan Berumbai. Kuala sungai Padas ialah di Kuala Palas, seberang Weston.


 Jambatan Beaufort Semasa Banjir

Banjir telah berlaku di daerah Beaufort disebabkan limpahan air Sungai Padas berikutan hujan di bahagian Hulu Sungai Padas iaitu di Daerah Keningau dan Tenom. 

Keadaaan ini telah menyebabkan banjir di kawasan empangan Hidroelektrik Pangi, di Daerah Tenom. 

Empangan Hidroelektrik Pangi, di Daerah Tenom. 

Tiga pintu air empangan telah dibuka sepenuhnya dan kadar aliran tertinggi Sungai Padas yang pernah direkodkan oleh stesyen Hidroelektrik Pangi adalah sebanyak 2275 m3 /s berbanding 300 m3 /s pada keadaan biasa. 

Empangan Hidroelektrik Pangi, di Daerah Tenom. 

Ini telah menyebabkan banjir di Daerah Beaufort walaupun hujan hanya sedikit dicatatkan di Daerah Beaufort. Paras air tertinggi yang direkodkan di Pekan Beaufort adalah 9.32m AMSL pada tarikh 09/11/2008 jam 9.00 malam (paras bahaya 8.70m). 

Landasan Keretapi Pekan Beaufort

Sejak bertahun-tahun lamanya daerah Beaufort terkenal tentang daerah banjir. Daerah Beaufort sering di landa banjir lebih kurang 2 atau tiga kali setahun. Ini menjadi tradisi bagi penduduk daerah Beaufort.

Menurut cerita orang dahulu banjir di daerah Beaufort akan pulih seperti biasa sekiranya ada mangsa yang lemas di sungai padas atau dikawasan banjir. Fenomena ini sudah jadi kebiasaan penduduk daerah Beaufort dan bukan menjadi satu yang luar biasa.

 Stesen Keretapi Beaufort


Pekan Beaufort Dari Udara

Walaupun banjir di daerah Beaufort adalah satu budaya yang menjadi kebiasan penduduk Beaufort namun setiap kali banjir ia akan mengahkibatkan kerugian yang besar kepada penduduk daerah Beaufort.

Jawatankuasa Bencana Daerah Beaufort juga mengambil insiatif untuk membantu mangsa banjir dengan memindahkan mangsa ke dewan Pa Musa. Kebiasaan banjir berlaku akan melibatkan lebih kurang 300 ke 400 keluarga dengan jumlah seramai 3 ke 5 ribu orang sekiranya banjir besar berlaku.

Mangsa Banjir di Dewan Pa Musa Beaufort

Setiap kali banjir berlaku ia akan melibatkan lebih kurang 10 ke 20 buah kampung seperti kampung Balibata, kampung Luagan, kampung Suasa, kampung Gadong, Kg mempagar dan banyak lagi.

Kesemua kampung tersebut adalah terletak di kawasan hilir sungai padas dan mempunyai kawasan rendah.

Kg Bakalau Yang Terlibat Banjir

Banjir berlaku apabila Curahan hujan yang tinggi dan panjang di bahagian hulu Sungai Padas pada satu-satu masa serta kawasan tadahan yang luas (9100km persegi)  meliputi Daerah Tambunan, Daerah Keningau, Daerah Tenom dan Daerah Beaufort akan menyebabkan banjir di Daerah Beaufort.

Sejak kerajaan membuat kerja-kerja perancangan mencegah banjir di Pekan Beaufort dengan membuat benteng pertahanan tebing sungai dan memperbaiki sistem perparitan maka banjir jarang berlaku.

Sehingga hari ini, dalam setahun tidak pernah berlaku banjir kecuali banjir kilat akibat hujan lebat.

Disediakan secara ringkas Oleh :-

Toykb 
Beaufort.



Wednesday, 17 July 2019

Keretapi Negeri Sabah ( Beaufort )


Assallamualaikum dan salam sayang buat semua Bloggers semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...amin...



Beaufort sebelum Perang Dua Kedua


Daerah Beaufort adalah sebuah daerah yang terletak 96 kilometer dari Kota Kinabalu di bahagian pedalaman bawah Negeri Sabah 

Daerah Beaufort dulunya telah diterokai pada tahun 1898 dibawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo (Syarikat Borneo Utara). 


Keretapi guna kuasa arang batu


Sebelum ini Beaufort adalah dikenali sebagai Lembah Padas dan setelah diterokai ia telah dinamakan "BEAUFORT" sempena nama seorang gabenor dalam Kerajaan British Utara iaitu "L.P Beaufort".

Secara amnya daerah Beaufort meliputi kawasan seluas 1,735 kilometer persegi termasuk kawasan daerah Kecil Membakut. 



Penerokaan landasan keretapi tahun 1903 ( Beaufort )


Dan daerah Beaufort boleh dihubungi melalui jalanraya dan keretapi. Dan kali ini kita akan bercerita serba sedikit tentangan pengangkutan menggunakan keretapi di daerah Beaufort.

Zaman pentadbiran British keretapi digunakan sebagai pengangkutan untuk menbawa hasil pertanian seperti getah dan tembakau ke pelabuahan Jesselton.


Beaufort - Tenom ( Transit )

Selain itu pengangkutan keretapi juga digunakan sebagai mengangkut barangan seperti beras, buah-buahan dan sayur-sayuran ke daerah Tenom.

Landasan pertama yang dibina adalah sepanjang 32 kilometer dari Sungai Bukau di utara Beaufort ke selatan di pelabuhan Weston. Pada tahun 1903 landasan dipanjangkan ke daerah Tenom sejauh 48km dan siap pada tahun 1905.


Landasan Beaufort - Tenom

Kemudian pada tahun 1906 landasan ini disambung dan dipanjangkan ke Melalap sejauh 16km oleh Jurutera Arthur J West. Beliau ingin memanjangkan landasan ke daerah Keningau tetapi beliau telah dipindah ke Australia dan cadangan tersebut tergendala sehingga hari ini.

Pada tahun 1903 kerja-kerja pembinaan landasan dari Beaufort ke Kota Kinabalu yang dikenali sebagai Jesselton telah diteruskan. Pembinaan landasan ini dibuat berhampiran kawasan pantai sejauh 193 km. 

Stesen terakhir - Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Namun, hampir keseluruhan rangkaian dimusnahkan semasa Semasa Perang Dunia Kedua rangkaian landasan ini hampir musnah keseluruhannya. Dan Pada Tahun 1945, 24 Kumpulan Briged Infantri Australia telah mengambil alih pengendalian rangkaian kereta api. 

Sebagai langkah penambahbaikan  perkhidmatan keretapi pada tahun 1949, Perkhidmatan Keretapi Borne Utara telah merancang satu program pemulihan. 

Namun demikian pada tahun 1963 rangkaian landasan keretapi ke Weston telah ditutup begitu juga laluan ke Melalap pada tahun 1970 kerana laluan ini jarang digunakan disebabkan pembinaan jalanraya baru.

Sebelum Penutupan Rangkaian Di Weston

Hari ini rangkaian keretapi telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah merupakan sebuah jabatan kerajaan Negeri Sabah.

Untuk pergi ke Daerah Tenom dari beaufort kita akan melintas beberapa stesen keretapi seperti stesen Saliwangan, stesen Halogilat, stesen Rayoh, stesen Pangi dan akhir sekali stesen daerah Tenom dan dikenakan tambang atau tiket perjalanan sebanyak RM2.75 untuk satu perjalanan.

Sebagai Pengangkutan Awam

Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 jam dengan jarak sejauh lebih kurang 134 kilometer. Dalam perjalanan ini kita ada bertemu dua buah gua batu yang panjangnya lebih kurang 30 ke 50 meter.


Pemandangan Sepanjang Perjalanan Beaufort - Tenom

Jika anda belum pernah menaiki keretapi dari Beaufort ke Tenom wajib anda mencubanya. Sepanjang perjalanan kita akan melihat pemandangan sungai Padas yakni sungai yang ketiga panjang di Malaysia.

Selamat merasai...jumpa lagi.

Toykb
Beaufort




Tuesday, 16 July 2019

Ulat Rumbia atau Butod

Assalamualaikum semua rakan2 blogger...
semoga hari ini lebih baik dari kemarin...amin...

Hari ini kita mengenal serba sedikit tentang Ulat Rumbia atau Butod

Antara Meno Ulat Rumbia

Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai suku kaum dan makanan tradisi mereka sendiri. Begitu juga dengan Sabah negeri di Bawah Bayu. 

Antara makanan yang popular di Sabah ialah Ulat Rumbia atau dikenali sebagai " Butod". Dan ada juga setengah-setengah suku kaum di Sabah memanggilnya dengan nama " Mulong "

Kumbang atau Indung Ulat Rumbia

Ulat Rumbia atau Butod adalah sejenis ulat yang boleh di makan dan tinggal di dalam pokok rumbia. Ulat rumbia biasanya akan memakan batang rumbia yang sudah reput. 

Memunggut Ulat Rumbia yang sudah matang

Ulat rumbia merupakan antara makanan eksotik yang istimewa kerana mempunyai khasiat protien yang tinggi. Untuk mendapatkan ulat rumbia, pokok rumbia mestilah ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan tempat bertelur atau tempat pembiakan.

Proses ini biasanya mengambil masa kira-kira sebulan atau lebih selepas sahaja pokok rumbia ditebang. Pokok Rumbia juga lebih dikenali dengan panggilan "Polod"  oleh orang dusun.

Ulat Rumbia di  batang rumbia reput

Untuk mengetahui batang rumbia itu mempunyai "butod" adalah dengan cara mendengar atau melihat adanya "indung" berterbangan di kawasan itu. Ulat rumbia biasanya akan mengeluarkan bunyi apabila memakan batang rumbia tadi.

Ulat rumbia ini boleh di makan mentah-mentah tetapi harus dibersihkan terlebih dahulu. Selain itu Ulat Rumbia juga boleh di masak atau digoreng mengikut kesukaan dengan pelbagai cara dan resepi.


Ulat rumbia yang telah dimasak sesuai dimakan begitu sahaja atau dihidang dengan nasi panas. Kebiasaan kaum Kadazan Dusun menjadikan Ulat Rumbia ini sebagai "pusas" dalam upacara keramaian dan sebagainya.


Ulat Rumbia yang disalai

Selain itu, Ulat Rumbia banyak didapati daerah Beaufort dan Kuala Penyu serta beberapa daerah lain di Sabah. Sehingga hari ini Kuala Penyu setiap tahun akan mengadakan Pesta Rumbia sebagai acara tahunan kerana Kuala Penyu antara daerah di Sabah yang banyak Pokok Rumbia.


Antara Gerai Sempena Pesta Rumbia di Kuala Penyu


Ulat Rumbia merupakan antara sumber ekonomi penduduk kampung. Kerana ulat Rumbia mempunyai pasaran yang sangat baik. Harga sebungkus Ulat Rumbia ialah RM5 untuk 8 ke 10 ekor dan boleh mencecah RM30 ke RM45 sekilogram.


Ulat Rumbia Sumber Pendapatan

Namun Ulat Rumbia bukan sahaja terkenal di Sabah malah di seluruh Malaysia seperti Sarawak. Di Sarawak ianya lebih dikenali sebagai " Si"et".

Walau bagaimanapun tidak semua pokok rumbia menghasilkan Ulat Rumbia yang banyak. Ini bergantung kepada kesuburan pokok rumbia yang ditebang sebagai rumah Indung Ulat Rumbia.



Ulat Rumbia siap untuk dimakan

Kalau ingin makan Ulat Rumbia atau Butod datang la ke Negeri Sabah terutama ke daerah Beaufort dan Kuala Penyu. 


Toykb
Beaufort.

Jangan Lupa Like / Komen / Share / Follow----Thanks

Friday, 12 July 2019

Assallamualaikum dan salam saying buat semua Bloggers semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...amin

Seperti kita maklum semua orang ada selera mereka sendiri dan mereka juga mempunyai makanan kegemaran mereka. 

Sama ada makanan tradisional atau moden. Begitu juga dengan saya sendiri yang mempunyai selera tersendiri terhadap makanan.

Antara makanan kampung atau tradisional yang digemari seperti ambuyat dalam bahasa berunai ambulung dan dalam bahasa dusun, kadazan, murut serta bajau dipanggil Linut. Ambuyat sejenis makanan tradisional bagi kaum Brunei dan Bisaya, malah menjadi sajian utama selepas nasi. 

Ambuyat dihasilkan daripada sagu rumbia yang diproses menjadi kemudian diproses menjadi sagu atau dipanggil juga sebagai “ NATUK ‘ bagi orang Bisaya. Apabila ianya dimasak dan siap untuk dihidangkan maka ia akan dipanggil Ambuyat.

Sagu atau ambulung boleh didapati di pasar atau tamu dalam bentuk paket dengan harga RM2.00 ke RM5.00. Untuk menghasilkan sagu menjadi ambuyat ialah tepung sagu yang dibeli dalam bentuk paket perlu dileraikan atau dicairkan ke dalam bekas yang mengandungi air. 

Setelah hening maka air tadi dibuang sehingga menampakan permukaan sagu tadi kemudian barulah  tuang air panas yang baru mendidih ke dalam tepung sagu dan kacau hingga menjadi kenyal. Maka tepung sagu tadi menjadi ambuyat dan siap untuk disantai. 

Ambuyat mempunyai rasa yang tawar dan adakalanya sedikit berbau tapi menyelerakan namun ia bergantung pada kuah dan lebih hebat jika kuahnya masam sedikit atau pedas. 

Kalau saya lebih suka kuahnya dicampur dengan isi buah Mambangan yang masam disertai ikan basung masak ampap kunyit. Wah sedap betul tau. 

Ambuyat lebih seronok jika makan beramai. Nampak suasana makan yang sangat ceria dan mengembirakan. Lebih-lebih lagi kalau makan panas-panas. Lain pula dengan makanan satu ni. Ia lebih dikenali dengan panggilan TUHAU. 

Tuhau merupakan sejenis tanaman hutan liar yang mempunyai ketinggian lebih kurang 1 meter ke 2 meter. 

Tuhau mempunyai bunga yang dipanggil Bunga kantan. Tuhau diperbuat daripada batang bunga kantan untuk dijadikan jeruk tuhau. 

Batang tuhau mempunyai bau seperti kumbang yang dipanggil “ KASISANG” Proses menghasilkan jeruk tuhau dengan mengambil umbut batang bunga kantan yang lembut dan dijeruk bersama air limau kasturi campur cili. Wowwww lumayan sedapnya. 


Cara ringkas penyediaan jeruk tuhau :- Mudah dan senang. 

 i. Potong batang kantan dengan mencincang halus atau ikut kesukaan. Biasa batang kantan dicincangkan kelihata seperti bertali-tali. Biarkan saja. 

ii. Masukkan berberapa ketul bawang putih. 

iii. Kisar cili padi atau potong-potong dan gaul bersama hirisan tuhau tadi. 

iv. Kemudian campurkan cuka atau pun air limau kasturi mengikut selera masing-masing bersama garam secukup rasa. Kan dah siap. Boleh sudah dilahap bersama nasi panas-panas...sedappp beee... 

Batang kantan yang dijadikan tuhau juga boleh di masak atau dibuat serunding dan dicampur hirisan lada putih sedikit ikan masin atau ikan bilis...lagi sedap. 

Jadi sesiapa yang ingin merasakan makanan kegemaran saya bolehlah ke hutan untuk mencari batang kantan. Selamat mencuba genk...


Toykb
Beaufort.